Monday, February 6, 2012

Logo LUCAH

Logo amat berperanan sebagai imej atau perkenalan sesebuah syarikat,tapi...kalau da macam ni la rupanya,apa yang terfikir ye?
Besball? ..hehehe

Ape ni?

Jom makan!!!

Ha? tukar jantina?
Oh Bulan!

A Style pon ada

APC ?

Kilnik gigi tanpa katil pesakit :p

Huruf "K" ke tu?

Lain macam jer mouse dia tu kan


Logo-logo syarikat ini mungkin sebuah kebetulan,cuci sikit otak tu yer,jangan fikir bukan-bukan yer~

Mesej Madah


"Menjeling-menjeling ku ditendang,
lagi sikit nak masuk kolam,
terkenang-terkanang dirimu seorang,
ku ucapkan selamat malam"

"Ingin ku kirim berita ,takut menganggu,
Ingin ku kirim senyum ,takut tidak dibalas,
Ingin ku kirim rindu takut hajat ,tidak kesampaian,
Jadi ku kirim doa agar dirimu sihat selalu"

"Bukan senang untuk cipta pertemuan,
Bukan senang untuk melahirkan rasa sayang,
Bukan senang untuk menghadirkan rasa cinta,
Bukan senang untuk mencari sebuah perhubungan yang bermakna,
Tetapi jika semua sudah kita miliki,
Jagalah ia dengan sempurna,
Supaya kita kia tidak kehilanganya"

"Cinta amat mahal,itulah yang difitrahkan oleh Allah untuk hambanya,
Cinta hanya tertulis pada perkataan tetapi gagal dilihat pada zahirnya,
Kerana cinta itu tanggungjawap di mana,
wujudnya kesetiaan dan kejujuran di dalamya,"

"Ingat pada yang satu,Jujur pada yang setia,
setia pada yang kasih,kasih pada yang rindu,
rindulah pada yang menyayangimu."

"Cinta tidak akan datang kalau tidak dicari.
Cinta juga tidak akan dapat kalau tiada sesiapa yang memberi.
Tetapi ingat,
memberi biarlah pada yang sudi,bukan meminta pada yang simpati"



Khas untuk pasangan kekasih


Hari 'kasih sayang' atau 'Valentine Day' sudah sinonim bagi pasangan kekasih untuk disambut,hari yang amat bermakna untuk meluahkan kasih sayang.Sama seperti di Barat yang amat popular hinggalah ke seluruh dunia menyambutnya.Hari ini lah yang amat ditunggu-tunggu,terutamanya pasangan muda yang hangat bercinta.Menjelang sahaja 'Valentine Day' masing membuat persiapan untuk menyambuatnya,secara automatik jadi romentik habis.Lagi 2 3 hari nak tibanya 'Valentine Day',penuh la post-post jiwang kat FB.Namun,ada tak yang tau sejarah 'Valentine Day' ?..
>>Pendapat pertama: Pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. 
>>Pendapat kedua: Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine kerana menyebarkan agama Kristian dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Dia telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine. 
>>Pendapat ketiga: Dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat.

So..Kepada pasangan kekasih yang dalam kad pengenalan korang dah terukir 'ISLAM'..tok sah dok sambut la..Bukan budaya kita ok,takda langsung dalam kalender kita (Islam).