Monday, February 6, 2012

Khas untuk pasangan kekasih


Hari 'kasih sayang' atau 'Valentine Day' sudah sinonim bagi pasangan kekasih untuk disambut,hari yang amat bermakna untuk meluahkan kasih sayang.Sama seperti di Barat yang amat popular hinggalah ke seluruh dunia menyambutnya.Hari ini lah yang amat ditunggu-tunggu,terutamanya pasangan muda yang hangat bercinta.Menjelang sahaja 'Valentine Day' masing membuat persiapan untuk menyambuatnya,secara automatik jadi romentik habis.Lagi 2 3 hari nak tibanya 'Valentine Day',penuh la post-post jiwang kat FB.Namun,ada tak yang tau sejarah 'Valentine Day' ?..
>>Pendapat pertama: Pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. 
>>Pendapat kedua: Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine kerana menyebarkan agama Kristian dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Dia telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine. 
>>Pendapat ketiga: Dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat.

So..Kepada pasangan kekasih yang dalam kad pengenalan korang dah terukir 'ISLAM'..tok sah dok sambut la..Bukan budaya kita ok,takda langsung dalam kalender kita (Islam).


No comments:

Post a Comment