Thursday, September 15, 2011

Mahluk pelik ditemui


Semua ni hanyalah teknik Photoshop...kalau la betul-betul ade,...kacau-kacau


Seni Jalanan




Lukisan yang dilukis membawa maksud sesuatu situasi yang seakan-akan hidup,seolah-olah boleh dipegang dan boleh mengalami situasi tersebut...menakjubkan!

Iklan Misteri




 Misterikan? rupa-rupanya ada orang dalam kerja dalam mesin-mesin tu...
ha3 kreatifnya iklan mat saleh ni...Terbaekkkk!!!.....



Monday, September 12, 2011

Jom Berteka-Teki Part 2


  1. Depan halal belakang haram,ape dia?
  2. Depan haram belakang halal, 
  3. Atas halal bawah haram,ape pulak? 
  4. Depan haram belakang buah,
  5. Mana lagi tinggi semut ke zirafah?
  6. Besar di Arab,kecil di China ada di Korea,takde kat Jepun,Apa dia?
  7. Ada bandar xda rumah,ada sungai xda air,ada hutan xda pokok..ape tuuu?
  8. Tekan dia masuk,tarik dia keluar?
  9. Banyak-banyak ikan,ikan apa paling besar?
  10. Banyak-banyak ikan,ikan apa yang bulat?
  11. Banyak-banyak kuali.kuali apa yang besar?
Sila la jawap yeee

Saturday, September 10, 2011

Tip warna baju mengikut hari

Cakap fasal warna,masing-masing ada warna kegemaran kan.Tak kira la warna apa pun yang dipakai hari-hari.Tapi tau tak apa rahsianya sesuatu warna mengikut harinya.Mungkin benda ni da lama dibincangkan,TETAPI tak mustahil ramai lagi yang tak tahu.Ash tau benda ni pon daripada kaunselor kolej Ash,then Ash search lagi kat Google cari info fasal ni.Now time to share...

Hari Ahad : Warna Hitam
Hari ahad merupakan hari untuk beristirehat.Pakaian berwarna hitam boleh mengelakan daripada gelombang asing yang memudaratkan.Gabungan semua warna di udara akan membentuk warna putih,namun di dalam air akan membentuk warna HITAM,air kan sifatnya sejuk.









Hari Isnin : Warna Putih
Hari isnin,merupakan hari mula bekerja dan bersekolah selepas bercuti.Seseorang yang tidur cukup akan bagun pada pagi keesokan harinya(isnin) dalam keadaan yang segar dan bertenaga.Jika memakai baju bewarna putih,mampu merangsang kelenjar dalam tubuh badan,warna ini akan diserap kedalam tubuh badan sekiranya kita dalam keadaan tenang maka kita akan merasakan kesegaran.








Hari Selasa : Warna Merah Jambu @ Ungu 
Kedua-dua warna ini melambangkan kasih sayang.Sesiapa yang ada migrain akan terasa lega.Hari tersebut juga hari yang sesuai untuk menyatakan emosi dan penghayatan.Bagi pengembara atau melancong amat sesuai kerana tahap penghayatan tinggi.Aura mereka yang memakai baju berwarna merah jambu amat tinggi,maka sesuai la nak pujuk orang.






Hari Rabu : Warna Biru
Berkebolehan merangsang kelenjar triod.Warna ini berkemampuan menjadikan gelombang bunyi lebih resona atau bergema.Pada hari rabu ,Harmon thyroxine yang dirembeskan oleh kelenjar triod berada pada tahap optimum.Ini bermakna segala hasrat di dalam hati dapat diluahkan dengan kata-kata.






Hari Khamis : Warna Kuning @ Oren
Kuning boleh merangsang sistem penghadaman, manakala oren  merupakan warna kesuburan , hormon dan sistem reproduksi.Hari khamis digalakan tidak makan telalu banyak untuk memberi peluang sistem penghadaman berfungsi sepenuhnya.Warna kuning akan menjadikan segala sisa makanan dalam tubuh dihadam untuk menjadikan zat dan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
Asid folik dapat dihasilkan dengan mudah dan banyak berbanding hari lain yang agak sukar.Hari Khamis amat sesuai berpuasa atau diet kerana asid urik , lemak dan protien dapat dipecahkan untuk menghasilkan tenaga yang benyak.Oren pula merangsang kesuburan manusia,maka sesuai untuk suami isteri merancang zuriat.

Hari Jumaat : Warna Hijau
Tahap vibration warna hijau menyamai tenaga yang merangsang  fungsi jantung dan paru-paru.Pada hari jumaat didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap maksimun. Kemuncaknya belaku pada tengah hari iaitu sejam selepas solat jumaat.
Hari jumaat juga sesuai untuk bersenam dan riadah.Senaman penafasan pada hari jumaat memberi kesan menakjubkan berbanding hari lain.
  Dapat dibuktikan sesuatu yang menghairankan ketika bersolat jumaat,kita berhimpit-himpit tetapi tidak berasa lemas atau rimas,sedangkan pada hari lain jika kita berhimpit-himpit pasti berasa lemas atau rimas,mungkin juga berpeluh.SUBHANALLAH....

Hari Sabtu : Warna Merah
Warna merah menyamai vibration pada bahagian usus,otot,darah,tulang dan saraf. Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.Maka hari sabtu hari yang sesuai untuk keluar bersosial dan bukannya melakukan masalah sosial ok.









Dah rancang ke nak pakai baju apa hari ni,pasti shopping la baju macam-macam warna ye

Tips potong kuku mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W

Zaman sekarang menyimpan kuku atau dalam bahasa lain membela kuku dah jadi trend pulak,bagi yang lelaki suka biarkan kuku jari kelengking.Ironinya kuku lain dipotong pulak.Bagi wanita pulak,sume kuku disimpan,tak kira la kuku jari tangan ke jari kaku.Lepas diwarnakan pulak.Mungkin nampak cantik kot,siap ada corak bunga lagi..
tetapi tahu tak menyimpan atau membela kuku yang panjang seumpama membela sekandang BABI,opss maaf kasar pulak..tukar ayat ye..sekandang Khinzir,Berdosa wooo!!!!,Pada ibu bapa tu kalau nak sediakan makanan pastikan kuku bersih dan tidak panjang tau..tau kenapa?..sebab anak boleh jadi BODOH,DEGIL dan ILMU pun SUSAH nak MASUK.
Kuku yang panjang jugak terkandung kuman yang terdapat daripada najis manusia iaitu E-Coli,kuman ini tak akan hilang der walaupun dibasuh dengan sabuh Daia sekali pun.


 Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya: Barang siapa yang mengerat kuku pada

Hari Sabtu : Nescaya keluar daripada tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuknya kemeskinan
Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala


Doa memotong kuku:
Pastikan memotong/mengerat kuku mengikut urutan dan bacalah doa seperti berikut:

Saidina Ja'far ra berkata : Barang siapa memotong atau mengerat kuku dan misainya pada tiap-tiap jumaat dan membaca ketika memotongnya :

"Tiada yang gugur dipotong itu melainkan denganya pahala memerdekakan seorang sahaya dan tiada sakit melainkan sakit mati"


Tengok benda yang simple pun ada ganjaranya,betapa Allah menyayangi hambanya.....SUBHANALLAH

Campedak Vs Nangka

Siapa pernah makan cempedak goreng?..tapi ada ke nangka goreng?...ha3...yang korang makan tu cempedak goreng ke nangka goreng..sure ke yang jual kat tepi jalan tu cempedak goreng?..kalau la diberi buah cempedak dengan nangka goreng,agak-agak dapat bezakan tak?..mesti ramai yang keliru kan..hari tu masa akhir puasa,Ash ada panjat pokok nagka,macam mana Ash tahu tu pokok Nangka?..sebab nenek Ash cakap la..ok sekarang kita kenali apa itu buah cempedak dan buah nangka..dan tips untuk membezakannya.

Buah Cempedak

Cempedak atau nama saintifiknya Artocarpus champeden,merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan.Cempedak juga bermusim.Berkulit tebal dan berduri halus dan pendek,tetapi tidak tajam.Buah cempedak lebih kecil berbanding Nangka.Hujung pangkal daun berbulu halus.Kebiasaanya isi cempedak digoreng dengan tepung






Buah Nangka
Nama botaninya ialah Artocarpus heterophyuus Lam,sejenis tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan,Pokok nangka merupakan pokok kayu berbuah terbesar didunia.Hujung pangkal daun tidak berbulu,berkulit tebal dan berduri halus dan pendek,tetapi tidak tajam.Buahnya lebih besar berbanding Cempedak.Kebiasaanya dimasak sebagai lauk hidangan

Sekarang macam mana?..dah dapat bezakan mana satu nangka dan cempedak,yang mudah sekali nak kenal ialah buah nangka lebih tebal dari cempedak dan tengok je la mana lebih besar,yang besar tu la nangka.
Amaran! Pastikan sebelum mengupas/memotong nangka atau cempedak,tangan dan pisau dilemur dengan minyak untuk mengelakkan daripada getah melekat. 


Cara mengupas buah Manggis

Macam mana agaknya cara mengupas manggis?..kene gune pisau ke?..kene kikis kulit ke? atau gune gigi macam rambutan?...ha3 sebenarnya ada cara mudah nak kupas manggis..jom tengok n follow...



Macam mana? boleh ikot?..pasni jangan la ada yang guna gigi ye