Thursday, June 16, 2011

Cuti Sem

yeah cuti sem kmbali,huhu so aku tak boleh update blog ni la wat sementara waktu,bulan 7 t aku aku update balik,nak cite pe aku wat time cuti sem,he3 selamat bercutiiiiiii..byee

Wednesday, June 15, 2011

Kata Hati

Aq "Nak Share Jek" Kata Hati Aku..he2

"KATA HATI"
Aku berjalan sendirian tanpa sesiapa di sisi,
Aku menoleh ke kiri ke kanan,
Aku ternampak sekumpulan manusia berjalan bersama sama,
mereka nampak gembira ketawa bersama,sungguh mesra,
Aku pandang pula ke arah lain,
Aku nampak sepasang kekasih berpimpingan tangan,
mereka jua nampak gembira,
Aku pandang diriku sendiri,
Kenapa aku sendirian?
Kenapa aku keseorangan?
Kenapa aku tak sebahagia mereka?
Aku teringatkan kenangan lalu ku,
Tak akan pernah aku lupakan saat bahagia itu,

Namun semuanya sudah berakhir,
Kini aku berjalan seorang diri tanpa teman disisi,
Aku hanya mampu senyum walau pada dalamanya..
hatiku menangis...
Air mataku membasahi pipi,
Namun kau muncul menghampiri hidupku,
Kau melemparkan senyumanmu terhadap aku,
Aku membalasnya,
Akhirnya kau berjaya mengukir senyuman yang lahir dari hatiku,
Di saat pertama pertemuan kau dan aku,
Kau mengucup tanganku,
Kau menerima seadanya,
Hati aku terasa sayu,
Aku menahan air mataku dengan senyuman,
Kau benar benar membuatku bahagia,
Aku mahu kau sentiasa disisi ku,
Aku mahu kita seperti mereka,
Bahagia....
Hargailah cintaku ini,
Jangan pernah kau tinggalkan aku sendirian,
Aku tak mahu kesunyian lagi,
Aku tak mahu menangis lagi,
Namun jika kau pergi jua,
Air mata ini akan memandikan diriku sendiri,
Ketahuilah wahai sayang..
aku benar benar menyangi diri mu,
Kau benar benar membuat diriku bahagia,
Kini aku bahagia,
Terima Kasih Sayang.....

Tuesday, June 14, 2011

"Nak Share Jek" Teka Teki

Foto hanya hiasan

Sekarang aku nak berteka teki dengan korang,jangan risau aku bagi jawapan ye,pastu bole la korang tanya kawan kawan korang balik...huhuhu Let's Goooo.....

  1. Rasa rasa korang la kan kenapa la pengadil bola sepak suka sangat bagi kad merah kepada pemain yang buat kesalahan berat masa perlawanan?
  2. Kerja apa pulak yang paling penat sesangat kat dunia ni?
  3. Buah rambutan sedap kan? tapi ada tak yang bahaya kalau kita makan?
  4. Siapa pulak yang ajaib sangat walaupun tiap tiap hari gunting rambut tapi tak pulak botak rambut dia?
  5. Benda pa la pulak bila kita potong terasa mankin tinggi?
  6. Benda apa bila pukul orang yang memukul tu pulak yang rasa terasa sakit gak ?
  7. Perkerjaan apa kerja dia ni dok mengejar je tapi bila benda tu dah dekat dengan dia boleh pulak dia lari?
  8. Lubang apa bila kita isi tak pulak penuh,isi la banyak mana pun tetap tak penuh penuh
  9. Ha! Pasar apa walaupun dia besar tetap orang panggil kecik gak
  10. Agak agak korang la kan kenapa la hidung lembu tu berhingus je?


Jawapan Yang Sepatutnya Tok Teka Teki ni ialah
  1. Sebab kalau tak ada kad merah,macam mana pemain nak dengar cakap pengadil..ha3 cube korang main bola sepak tanpa kad merah..huhu
  2. Menoreh la no rest..huhu
  3. Nak tau bahaya ke tak cuba korang makan tengah highway,sure kene hon,lau nasib tak baik kene langgar..berhati hati di jalan raya ye
  4. Mesti la tukang gunting rambut,yang dia gunting rambut orang bukan rambut dia..hahaha
  5. Potong kaki seluar pastu korang keluar..mesti ade yang cakap " dah tinggi dah ko kan"
  6. Cube tampar nyamuk yang syok hinggap kat badan korang..tampar sekuat hati tau..tegok sakit ke x..selamat mencuba~
  7. sure sure la pengadil bola sepak
  8. Lubang jamban la..lau tak percaya try la sendiri..hehe..,pastikan jamban tu tak tersumbat ye
  9. Pasar Mini la...ha3
  10. sebab lembu mane la boleh kesat hidung dia..huhuhu
Selamat Mengenakan Kawan Korang Yer
Share la kat FB <<< Klik Sini

Kacang Lupakan Kulit

Sumber Foto dari Google.com
Aku "Nak Share Jek" satu cerita atau dalam erti kata lain pengalaman aku.Peristiwa ni belaku Bulan April 2010,masa tu aku kerja kat Kedai One Stop Superstore (kedai serbaneka).Pada satu hari masa syok berkerja susun barang,tiba-tiba supervisor aku hulur duit Rm300 lau tak silap...ha3 tu gaji aku la..aku baru keje sebulan lebih kot..secara tiba tiba aku dapat masej dari kawan aku,dia mintak tolong nak pinjam duit sebab nak uruskan Ptptn katanya,dia nak pinjam Rm100..adeh cam tau tau je aku baru dapat gaji tok half month..tapi kesian pulak...fikir punya fikir aku boleh bagi Rm 50 je la kan..kang aku nak makan pe nanti..
Aku pun deal la membe punya pasal,dia pun bagi la no akaun dia,nasib time tu aku time aku rehat,so dengan tak makan lagi,aku terus la pergi bank,terpaksa aku naik teksi.Adoi tmbang teksi Rm20 pulak,tp tak pe la,aku masuk bank,tekan tekan no akuan dia kua nama dia Har** ** Bin R**** ( name rahsia),aku masukan Rm50 pastu bagi tau dia aku dah bank in.aku pun terus balik.
Pastu dia mesej aku dia text macam ni "Trime kasih la tolong aku,nanti aku ganti balik,Aku janji takkan lupakan kawan macam ko"..ish tersentuh aku.After beberape hari dia dah tak contact aku smpai la aku nak smbung study.Dia ada cakap kolej dia tawarkan dia study kat cawangan  kat KL.Hati aku berkata kata,bile la dia nak bya hutang aku ni,tapi tak pe aku bagi la peluang.Pon dia tak bagi apa apa respon
Satu hari tu aku nak pakai duit,aku mesej dia tanya pasal hutang,Peh! dia cakap tak kenal aku!.Sakit betul hati,time susah cari aku,bila dah tolong dia buat aku macam ni?."memang kacang lupakan kulit betol mamat nia".Apa punya kawan la!.Pasni lau orang mintak tolong aku kene tegok orang tu macam mana,boleh caya ke tak.
The Moral Of The Story,"Jangan jadi kacang lupakan kulit" "Jangan gunakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri" Dan " Kite bakor jeee~"

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Saturday, June 11, 2011

psssssss nak tau tak?.........

Aku "Nak Share Jek" fakta menarik tok korang.


Korang nak tau tak,kalau korang ambik air dari singki sebanyak 350ml air dan dituang pulak ke dalam cerek yang berisi 150ml air,kemudian dipanaskan dengan suhu 100 darjah celcius akan menyebabkan terhasilnya cercair yang bernama air masak atau dalam kata lain air panas....                                     
                                       
Percaya atau tak sebuah helikopter memerlukan air sirap! .Kajian yang telah dibuat mengatakan seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menhilangkan dahaga untuk mengelak daripada mati kehausan dan akan menyebabkan helikopter tersebut tak dapat dibina.....

Seorang manusia normal tidak berupaya untuk mengaru telinga sendiri dengan menggunakan siku!

Sebuah kereta yang dipandu dengan lajunya melebihi 200km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu 40km/j apabila kereta tersbut dipandu dengan arah bertentangan!

Tau tak gunung berapi yang berusia lebih daripada 350 tahun telah disahkan masih aktif.Kajian yang dibuat juga mendapati api elektrik dirumah tidak akan aktif sekiranya tak berbayar lebih 3 bulan!

Ahli sains tempatan telah bersepakat dan mengesahkan selepas mereka sendiri menjadi bahan uji kaji mendapati nasi ayam jika dimakan pada waktu lapar akan menyebabkan satu tindak balas yang akan menyebabkan seseorang itu Kenyang! selain itu nasi ayam juga mampu mengembirakan orang apabila nasi ayam itu di oder dan dibayar oleh orang lain!

Dan sedar atau tidak hampir kesemua pembaca post ini telah pun mencuba mengaru telinga dengan menggunakan siku! hehehehehe~
                                            

    Logo Baru "Nak Share Jek"

    Ini Dia LOgo baru "Nak Share Jek" ...nampak meriah Tak?...he3 law rajin aku akan buat yang baru supaya blog ni nampak mesra n sedap mata memandang n dibaca...

    Friday, June 10, 2011

    Animasi Malaysia Semakin Hebat!




    Sekarang ni da ade bermacam macam animasi kat Malaysia ni kan.ini membuktikan Malaysia sudah semakin maju kehadapan setanding negara Barat.Now aku "Nak Share Jek" animasi apa yang anak Malaysia dah buat...
    Boboi Boy
    Animasi yang terbaru...Terbaeeeeekk!
                                             
    Upin Dan Ipin
    yang telah mencetus fenomena animasi Malaysia...Betul! Betul Betul
    Kite tegok pulak animasi sebelum era Upin Ipin dan Boboi Boy...
    Bola Kampung
    Kacang
    Sang Kancil
    Saladin

    Kampung Boy
    Anak-Anak Sidek
    Usop Sontorian
    Keluang Man
    Sebenarnye dari dulu lagi industri filem animasi Malaysia da wujud..cuma kurang mendapat tempat sebab time tu animasi daripada luar dah mengambil tempat kat negara kita,contohnya Dragon Ball,Solemon,Doraemon,Shincan n macam macam lagi la.Namun kini kita sudah semakin maju.Animasi kita semakin diminati dan mendapat tempat hinggakan ke negara luar.Aku berharap Animasi hasil tangan Anak Malaysia terus maju dengan jayanya.Malaysia Boleh!!!!...
    Sebenarnye banyak lagi animasi yang telah dihasilkan..yang kat atas tu je la yang aku ingat















    My Own BackGround


    Akhirnye berjaye gak aku buat Background Blog "Nak Share Jek" ...Camne Ok tak?...pnt aq perah otak tau...huhuhu

    Thursday, June 9, 2011

    Selipar Jepun Punya Cerita

    sumber pic nie dari google

    Selipar Jepun...teramat la popular dari zaman ke zaman..sebelum aku lahir lagi bende ni da wujud..tapi pernah terfikir tak?..nape orang panggil selipar jepun..nape tak panggil selipar malaysia?..dari dulu lagi jadi persoalan kan?...okey sekarang mase tok share serba sedikit asal usul silipar jepun...name blog pown "Nak Share Jek" ..so memang nak share la...huhuhu
    Kata orang dulu dulu la kan selipar jepun ni memang da wujud sejak zaman perang dulu lagi..mase tu zaman jepun..Selipar jepun ni memang tentera jepun yang bawak ke Tanah Melayu..Pada zaman tu, orang-orang Melayu tidak pakai alas kaki dan mereka perlu mencuci kaki sebelum naik ke rumah, sebab itu la depan rumah orang dulu dulu ade tempayan dan batok . Golongan yang menggunakan alas kaki hanyalah golongan bangsawan yang kaya-raya je. Kedatangan tentera Jepun telah membawa perubahan, memperkenalkan rekabentuk selipar berselit. Sebab boleh berjalan dengan lebih pantas berbanding menggunakan alas kaki jenis sandal atau terompah pada masa itu.


    Tentera Jepun juga gemar menyeksa tahanannya menggunakan selipar, dengan cara menampar menggunakan selipar tersebut dan sebagainya,tentera Jepun dahulu memang terkenal dengan penyeksaan dan kekejaman mereka.Sejauh manakah kebenaran cerita ni tidak dapat diketahui.

    Namun Selipar Jepun Selalu Jadi SaSaran time kat Masjid Or Surau..hehehe so aku ade idea tok korang..tegok gambar kat bawah nie..hehehehehe 

    Wednesday, June 8, 2011

    Pak Nil Hero


    KUALA LUMPUR: Tindakan pantas pengacara popular, Aznil Nawawi, 48, atau lebih dikenali sebagai Pak Nil bukan saja menyelamatkan nyawa seorang pendengar radio yang mahu membunuh diri, malah menyelesaikan masalah pinjaman lelaki terbabit yang diburu along sejak lapan bulan lalu.
    Kemuliaan hati Aznil terserlah apabila dia memberikan wang RM1,000 kepada mangsa untuk melunaskan hutang itu demi menyelamatkan nyawa lelaki terbabit.
    Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun yang kini menganggur selepas berhenti kerja nekad membunuh diri kerana dia dan keluarganya sering diganggu along selepas meminjam wang sejak lapan bulan lalu.
    Akibat tidak tahan dengan ugutan along, mangsa yang tertekan mahu mengambil jalan mudah dengan meminum racun bagi menyelesaikan masalahnya itu.
    Namun, lelaki terbabit mengirim SMS menerusi program Merisik Khabar, Riuh Pagi di stesen radio Era FM, kelmarin, dipercayai sebagai amanat terakhirnya kerana buntu selepas ahli keluarga enggan membantunya menyelesaikan masalah berkenaan.

    Monday, June 6, 2011

    "Nak Share Jek" Impian Aku

    Korang sume mesti ade impian masing2 kn?...aq pown ade gak..impian aq selame nie..aq nk ade sebuah syarikat pengiklanan yang amat berpengaruh n berjaya...aq nk ade duit yang bnyak..aq nk gune duet tu tok orang2 yang aq sayang...1st ofcoz fmly aq..aq nk belikan mak aq rantai Habib..tok ayah aq..umm krete kot xpown henset...tok adq aq plak pe2 tok pelajaran dye..janji boleh bantu dye blaja...n pe2 je la yang fmly aq idamkn..aq nk bawak fmly aq holiday satu malaysia...aq nak wat dorang happy...ummm..aq ade berniat nak sedekah la tok anak yatim or orang yang memerlukan...tok membe2 aq pulak aq nk bg korang keje dengan aq but aq xkan bg taw aq bos korang...law ade membe aq nk berniaga, aq nk bg pinjam modal..aq nk kawan2 aq berjaya...tok my love,mcam2 hadiah aq nk bg..rahsie..he3(ketawe gedix)..huhu...pe yang penting tunaikan haji...n buat semua orang yang aq sayang bahagia..coz hidup ni cume sekali..so kite enjoyyyyyy...ha3...harap impian aq nie tertunai suatu hari nanti..INSYA'ALLAH

    Wednesday, June 1, 2011

    Warna Kehidupan


    Adoi kehidupan ag...Ha3 ade yang cakap cmtu ke?..kali nie aq Nak Share Jek fasal rahsia warna yang ade dalam diri korang...eh bukan warna organ badan korang k...maksud aq elemen warna yang korang ade...setiap individu ada elemen warna tersendiri..tiap-tiap elemen ade maksudnye dan memang berkait rapat dengan ciri2 seseorang itu...ok, ade 4 warna..
    A.Emas, B.Hijau, C.Biru, D.Jingga...antare keempat-empat warna nie..warna ape yang paling korang minat?...ok sekarang kite tegok satu per satu maksud warna itu semua...(ha3 lain pulak ayat aq)...
    A.Emas
    Orangnye bersifat keibubapaan,boleh mengikut adat resam,seorang yang setia ( untung sape yang ade pasangan macam ni) ,hidup yang teratur,pandai sesuaikan diri di tempat kerja dan boleh berkerja keras.
    B.Hijau
    Seorang yang suke mencipta sesuatu benda,suka membaca ( tak kira la apa bentuk sekalipun) ,berpegetahuan luas, ada sifat sabar dan berfikir berdasarkan logik akal.
    C.Biru
    Orang yang ni pulak jenis yang romantis ( fuyoo jiwang) , ade sifat kasih sayang yang tinggi,mudah bersimpati,pandai memberi nasihat,berkebolehan mempengaruhi orang,suka berangan n tak suka perbalahan.
    D.Jingga
    Yang ni pulak orangnye jenis cergas,perlakuanye spontan ( sesuai jadi penghibur ni) ,bersemangat tinggi,berfikiran terbuka,tabah dan tidak suka peraturan...
    Ha camna? ade tak ciri-ciri ni dalam diri korang...korang bace tiap2 maksud warna tu..ade tak kaitan dengan korang..lau ada warna tu memang sesuai dengan korang...Aq Nak Share Jek...

    KeHidupan...

    umm..cmne aq nk mulekan yep...okey cmnie...ade kalanye kite rasekn hidup nie banyak sangat masalah..sampaikan kite merasakan macam xbergune n hanye membebankan orang lain jek...tp ade kalanye gak kite rase happy jek..mula la kite rasekan hidup ni cukup indah...so ape yang patot kite fikirkan ialah " KESEDIHAN ITU BUKAN SELAMANYA,HADAPI IA DENGAN KESABARAN,KERANA KEBAHAGIAAN BAKAL MENEMUI KITA" ...itu la prinsip yang aq slalu pegang..walaupun kadang2 tension giler rase..but senyum je la sebab senyum boleh ubat segalenye....law ade masalah cite la pade orang yang kite percaye...kite xmampu hidop sorang2...hidop ni saling perlu memerlukan...kenape aq cakap macam tu?..cube fikirkan...bile korang lapar mesti nak cari makan kan?..so kat mane korang nak dapatkan makanan...
    A.Pasaraya
    B.Pasar Malam
    C.Pasar Tani
    D.Kedai Runcit
    E.Kedai Makan
    F.Warung...
    ape pilihan korang skalipun...kite memang memerlukan orang lain untuk hidup...mesti cari orang jual makanan punye...tak kan la nak cari orang hutan kot.....betol x?...fikirkan ye : )