Wednesday, June 15, 2011

Kata Hati

Aq "Nak Share Jek" Kata Hati Aku..he2

"KATA HATI"
Aku berjalan sendirian tanpa sesiapa di sisi,
Aku menoleh ke kiri ke kanan,
Aku ternampak sekumpulan manusia berjalan bersama sama,
mereka nampak gembira ketawa bersama,sungguh mesra,
Aku pandang pula ke arah lain,
Aku nampak sepasang kekasih berpimpingan tangan,
mereka jua nampak gembira,
Aku pandang diriku sendiri,
Kenapa aku sendirian?
Kenapa aku keseorangan?
Kenapa aku tak sebahagia mereka?
Aku teringatkan kenangan lalu ku,
Tak akan pernah aku lupakan saat bahagia itu,

Namun semuanya sudah berakhir,
Kini aku berjalan seorang diri tanpa teman disisi,
Aku hanya mampu senyum walau pada dalamanya..
hatiku menangis...
Air mataku membasahi pipi,
Namun kau muncul menghampiri hidupku,
Kau melemparkan senyumanmu terhadap aku,
Aku membalasnya,
Akhirnya kau berjaya mengukir senyuman yang lahir dari hatiku,
Di saat pertama pertemuan kau dan aku,
Kau mengucup tanganku,
Kau menerima seadanya,
Hati aku terasa sayu,
Aku menahan air mataku dengan senyuman,
Kau benar benar membuatku bahagia,
Aku mahu kau sentiasa disisi ku,
Aku mahu kita seperti mereka,
Bahagia....
Hargailah cintaku ini,
Jangan pernah kau tinggalkan aku sendirian,
Aku tak mahu kesunyian lagi,
Aku tak mahu menangis lagi,
Namun jika kau pergi jua,
Air mata ini akan memandikan diriku sendiri,
Ketahuilah wahai sayang..
aku benar benar menyangi diri mu,
Kau benar benar membuat diriku bahagia,
Kini aku bahagia,
Terima Kasih Sayang.....

No comments:

Post a Comment